18/04/2026

Office Address

123/A, Miranda City Likaoli
Prikano, Dope

Phone Number

+0989 7876 9865 9

+(090) 8765 86543 85

Email Address

info@example.com

example.mail@hum.com

Creators

Durioo+ Creator

1) Apa Itu Durioo+ Creator?

πŸŽ₯ Peluang Menerbitkan Kandungan Islami & Mesra Kanak-Kanak

Durioo+ Creator ialah program khas yang diwujudkan untuk menyokong dan menghimpunkan pencipta kandungan dari seluruh dunia β€” dengan fokus khusus kepada audiens kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun.
Platform ini memberi peluang kepada pencipta menghasilkan dan menghantar kandungan edutainment Islamik serta menjana pendapatan melalui pelbagai insentif dan program berstruktur.

🌍 Fakta Terkini (Sehingga Jun 2025):

  • 600+ pendaftar
  • 200 channel aktif
  • 4,000 video dihantar, menyumbang 40% kandungan Durioo+

πŸ‘©β€πŸ« Sub-Program: Edu-Creator

Satu inisiatif khas di bawah Durioo+ Creator yang ditujukan kepada guru-guru sekolah di Malaysia. Kandungan yang dihasilkan mestilah:

  • Berdasarkan silibus Darjah 1 hingga Darjah 6
  • Berkonsepkan fun learning & edutainment
  • Sesuai ditonton oleh pelajar sekolah rendah

πŸ“Œ Jenis Program & Kandungan di Durioo+ Creators

1. Video Umum (Setiap Hari)

Creators boleh menghantar sebarang kandungan yang bersesuaian dengan niche kanak-kanak. Jika layak, token penghargaan akan diberikan. Tiada kekangan tema atau masa.

2. Video Challenge (Bulanan)

Pertandingan bulanan berdasarkan tema tertentu, dengan hadiah wang tunai dan hadiah kolaborasi (contoh: bersama BoBoiBoy). Terbuka kepada semua creators.

3. Special Event (Bulanan)

Video bertema berdasarkan perayaan atau tarikh istimewa dalam bulan tersebut, seperti Hari Raya Haji, Awal Muharram, Hari Bapa dan sebagainya.

4. #MyFirst50 (Mingguan)

Insentif khas kepada Top 10 creators baharu yang belum mencapai sekurang-kurangnya 10 video dalam channel mereka. Token istimewa diberikan sebagai galakan.

5. Exclusive (Bulanan)

Program berimpak tinggi di mana Durioo+ mencadangkan topik/kandungan berdasarkan permintaan penonton. Creators akan melalui sesi audition dan hanya 3–5 creators akan dipilih untuk produksi eksklusif.

Dengan struktur program yang tersusun, creators bukan sahaja berpeluang menjana pendapatan, malah turut membina reputasi profesional dalam industri kandungan kanak-kanak Islamik.

2) Cara Daftar Channel di Durioo+

Panduan Pendaftaran Channel di Durioo+
Tonton tutorial di sini: https://youtu.be/1HbnP1PMrqM

Langkah-langkah Pendaftaran:

  1. Daftar Akaun
    Layari pautan berikut untuk mendaftar: https://bit.ly/DaftarDuriooCreatorMY
  2. Cipta Nama Channel
    Pilih dan cipta nama channel baharu yang mudah diingat dan berkaitan dengan kandungan anda.
  3. Semak Emel
    Anda akan menerima satu pautan ke folder Google Drive untuk memuat naik video anda.
  4. Sesuaikan Channel Anda
    Anda boleh menetapkan poster profil dan logo mengikut niche channel anda.
  5. Kemaskini Bila-bila Masa
    Ingin membuat perubahan? Jangan risau, anda boleh mengemas kini kandungan atau maklumat channel pada bila-bila masa dengan memuat naik fail ke folder Google Drive yang telah disediakan.

3) Form upload video:

⬆️ Hantar di sini: www.duriooplus.com/creatorsubmission

Selepas mendaftar melalui pautan pendaftaran, anda akan menerima satu emel. Sila semak emel anda dan ikuti arahan berikut:

Langkah-langkah Penghantaran Video:

  1. Muat Naik Video
    Sila muat naik video anda bersama thumbnail ke dalam Google Drive peribadi menggunakan pautan yang diberikan dalam emel.
  2. Isi Borang Penghantaran
    Lengkapkan maklumat video anda melalui borang ini:
    πŸ‘‰ www.duriooplus.com/creatorsubmission
    Borang ini penting bagi membolehkan pihak kami menjejak dan menguruskan penghantaran anda dengan lebih teratur.

Tempoh Semakan:

Sila tunggu antara 5 hingga 7 hari bekerja untuk menerima maklum balas atau ulasan (feedback review) daripada pihak kami melalui emel.


Semoga kandungan yang anda sumbangkan di platform Durioo+ memberi manfaat kepada kanak-kanak, keluarga serta seluruh ummah dalam membentuk generasi Beriman, Berakhlak, dan Berilmu.

4) Form Butiran Bank: 🏦 

🏦 Isi di sini: www.duriooplus.com/creatorbutiranbayaran

Untuk membolehkan bayaran dilakukan, sila lengkapkan borang butiran bank anda melalui pautan di atas.

Token of Appreciation 🎁

Token of Appreciation merupakan bentuk penghargaan berbentuk dana kepada pencipta kandungan terpilih berdasarkan kualiti dan impak konten yang dihantar setiap bulan.

πŸ’° Nilai Token:
RM50 setiap video yang memenuhi syarat dan piawaian kualiti Durioo+.

πŸ“… Tarikh Pembayaran:
Bayaran akan diproses pada salah satu tarikh berikut setiap bulan:
10hb, 20hb, atau 30hb.

Pastikan maklumat akaun bank yang diberikan adalah tepat untuk mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses pembayaran.

5) LPDc (Lembaga Penapisan Durioo Creator) & Garis Panduan Video

⚠️ Rujuk panduan lengkap di sini: www.duriooplus.com/panduancreator

Apa Itu LPD dan LPDc?

LPD ialah singkatan bagi Lembaga Penapisan Durioo+. Lembaga ini bertanggungjawab memastikan semua kandungan yang dimuat naik ke platform Durioo+ memenuhi standard tinggi dari aspek:

  • Kualiti visual dan audio
  • Kandungan bermanfaat dan menarik (evergreen)
  • Nilai keagamaan dan syariah yang tepat

Durioo+ amat menitikberatkan keselamatan dan kesesuaian kandungan untuk kanak-kanak berumur 2–12 tahun. LPD turut mendapat bimbingan syariah secara langsung daripada Tim Maktabah Al-Bakri, di bawah naungan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al-Bakri.

Apa Itu LPDc?

LPDc (Lembaga Penapisan Durioo Creator) ialah cabang khusus di bawah LPD yang menguruskan kandungan daripada para pencipta Durioo+. LPDc memberi fokus utama kepada dua aspek penting:

  1. Kualiti Kandungan
    Memastikan video melepasi standard teknikal dan kreativiti, seperti:
    • Durasi minimum (4 minit ke atas)
    • Visual dan audio berkualiti
    • Penggunaan muzik latar (BGM), kesan visual (VFX), kesan bunyi (SFX)
    • Subtitle dan persembahan hos
  2. Penapisan Kandungan (Sensoring Content)
    Menilai kandungan dari aspek syariah, seperti:
    • Pemakaian yang sopan dan menutup aurat
    • Bahasa dan isi kandungan yang tidak bercanggah dengan prinsip Islam

Siapa yang Terlibat?

Pasukan LPDc akan bekerjasama rapat dengan Durioo Creator Coordination (DCC) untuk memastikan setiap kandungan yang diterbitkan mencapai dua matlamat utama:

  • Berkualiti tinggi
  • Patuh syariah

Panduan ini bertujuan untuk membantu ibu bapa memberikan tontonan selamat dan mendidik kepada anak-anak dalam era digital masa kini.

6) Cadangan Kandungan untuk Platform Durioo+

πŸ“© Hantar cadangan anda di sini: https://duriooplus.com/cadangankonten

Durioo+ amat mengalu-alukan cadangan daripada komuniti, khususnya para Durioo Creator, berkenaan jenis kandungan yang anda ingin lihat untuk anak-anak di platform ini.

πŸ“Œ Tujuan Peti Cadangan Ini:
Bagi mendapatkan maklum balas berharga tentang:

  • Kandungan yang sesuai dan bermanfaat untuk kanak-kanak
  • Idea segar untuk program baharu
  • Permintaan khusus daripada ibu bapa atau guru
  • Ruang penambahbaikan terhadap kandungan sedia ada

Cadangan ini membantu kami untuk:

  • Mencipta lebih banyak kandungan asli yang berkualiti
  • Melesenkan kandungan terbaik daripada pencipta tempatan dan antarabangsa

Setiap suara anda membantu membentuk dunia tontonan digital yang lebih selamat, menyeronokkan, dan mendidik untuk generasi akan datang.

7) Semak Data Analitik Channel Anda

πŸ“Š Akses di sini: https://bit.ly/duriooplus_creator_analytics

Setiap Durioo Creator yang mempunyai channel aktif dan kandungan yang telah diterbitkan di platform Durioo+ boleh menyemak data analitik mereka dengan mudah melalui pautan di atas.

Apa Yang Boleh Anda Lihat?

  • Prestasi Channel:
    Jumlah tontonan, minit tontonan, dan pertumbuhan penonton keseluruhan channel anda.
  • Analitik Video Individu:
    Data khusus bagi setiap video yang telah direleaskan, termasuk kadar tontonan, populariti, dan interaksi.
  • Penapis (Filter):
    Anda boleh tapis maklumat mengikut tarikh, jenis kandungan, atau video tertentu untuk analisis yang lebih terperinci.

Gunakan data ini untuk menambah baik kandungan anda, memahami audiens dengan lebih mendalam, dan menghasilkan video yang lebih efektif dan menarik!

8) Sertai Program Affiliate Durioo+

πŸ”— Daftar di sini: https://form.jotform.com/Durioo/daftar-affiliate
πŸ” Log masuk portal affiliate: https://bit.ly/PortalLogInDuriooPus

Selain menghasilkan kandungan sebagai Durioo Creator, anda juga berpeluang menjana pendapatan tambahan dengan menjadi Affiliate Durioo+!

Apa Itu Affiliate Durioo+?

Program affiliate membolehkan anda:

  • Mempromosikan kandungan dan platform Durioo+
  • Berkongsi pautan khas kepada penonton, ibu bapa, atau kenalan
  • Menjana komisen bagi setiap pendaftaran atau langganan melalui pautan anda

Kenapa Patut Sertai?

βœ… Pendapatan sampingan tanpa kos
βœ… Promosikan kandungan anda sendiri
βœ… Kembangkan capaian audiens Durioo+

Gabungkan kuasa pencipta dan pemasar dalam satu platformβ€”lebih hasil, lebih impak!

9) Logo Rasmi Durioo+, Durioo+ Creator & Edu Creator

πŸ–ΌοΈ Muat turun di sini: Google Drive – Logo & Materials

Koleksi logo dan bahan rasmi Durioo+ disediakan untuk kegunaan para pencipta kandungan, termasuk:

  • Logo Durioo+
  • Logo Durioo+ Creator
  • Logo Edu Creator
  • Elemen visual tambahan (jika ada)

Tujuan Penggunaan:

πŸ“Œ Pengenalan dan Penjenamaan Kandungan
Creators digalakkan untuk meletakkan logo ini dalam video mereka sebagai tanda bahawa kandungan tersebut adalah:

  • Hak milik eksklusif Durioo+
  • Diiktiraf dan dilindungi di bawah program token dan polisi penjenamaan platform

πŸ“Œ Meningkatkan Kepercayaan Penonton
Logo ini membantu penonton mengenal pasti kandungan rasmi Durioo+, sekaligus meningkatkan kredibiliti dan keprofesionalan video anda.

Pastikan anda menggunakan logo dengan betul dan tidak diubahsuai tanpa kebenaran rasmi daripada pihak Durioo+.

10) Kemas Kini Poster Channel Anda

🎨 Hantar di sini: https://bit.ly/JomUpdatePosterChannel

Sebagai pencipta kandungan Durioo+, anda digalakkan untuk mengemaskini Poster Channel anda agar selari dengan identiti dan konsep kandungan yang dihasilkan.

Kenapa Poster Channel Penting?

πŸ“Œ Identiti Visual Channel
Poster berfungsi sebagai gambaran awal kepada penonton mengenai tema dan niche channel andaβ€”sama ada pendidikan, hiburan, keagamaan atau kombinasi semuanya.

πŸ“Œ Menarik Followers Baharu
Sebuah poster yang menarik dan jelas mampu meningkatkan daya tarikan serta menarik lebih ramai penonton untuk mengikuti dan menyukai channel anda.

πŸ“Œ Penceritaan Ringkas
Gunakan poster ini untuk menyampaikan sinopsis pendek dan mesej utama channel anda dalam bentuk visual.

Pastikan rekaan poster anda bersesuaian dengan audiens kanak-kanak dan mematuhi garis panduan kandungan Durioo+.

11) Hantar Video Kompilasi Channel Anda

🎬 Muat naik di sini: https://bit.ly/HantarKompilasiVideo

Video kompilasi ialah gabungan beberapa video pendek dari channel anda yang disatukan menjadi satu video berdurasi panjang. Durioo+ sangat menggalakkan para pencipta untuk menghantar video kompilasi dengan durasi minimum:

  • βœ… 30 minit
  • βœ… 60 minit (jika ada lebih banyak kandungan)

Kenapa Video Kompilasi Penting?

πŸ“ˆ Tontonan Tinggi:
Berdasarkan data Durioo+, video kompilasi mencatatkan antara jumlah tontonan tertinggi di platform.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Disukai Ibu Bapa:
Ibu bapa cenderung memilih video berdurasi panjang kerana ia lebih praktikal dan memudahkan ketika mereka sedang melakukan tugas lain.

🎯 Peluang Tingkatkan Watch Time:
Video panjang membantu menaikkan minit tontonan dan membina engagement yang lebih stabil.

Pastikan video kompilasi anda diatur dengan lancar, menarik dan sesuai ditonton berterusan oleh kanak-kanak.

12) Sistem Ranking Channel Durioo+

πŸ“Š Penilaian Berasaskan Tahap Kualiti & Komitmen Channel

Untuk memastikan perkembangan berterusan dalam kalangan pencipta kandungan, Durioo+ memperkenalkan Sistem Ranking Channel yang dibahagikan kepada tiga tahap utama:

🟒 Level 1 – Beginner

Untuk creators yang:

  • Baru menyertai Durioo+ pada bulan semasa, ATAU
  • Masih menghasilkan kandungan dengan kualiti asas atau perlu penambahbaikan

🎯 Fokus:
Tim Durioo Creator Coordinator (DCC) akan memberi sokongan lebih rapat termasuk bimbingan awal, maklum balas teknikal dan panduan peningkatan.

🟑 Level 2 – Intermediate

Untuk creators yang:

  • Telah menunjukkan kemajuan dari segi teknik, idea dan konsistensi
  • Hampir mencapai tahap kualiti profesional, namun masih perlukan bimbingan lanjut

🎯 Fokus:
DCC akan memberi lebih banyak sesi coaching khusus serta cadangan strategik untuk mempersiapkan channel ke tahap seterusnya.

πŸ”΄ Level 3 – Pro / Master

Untuk creators yang:

  • Telah melepasi penilaian Program Eksklusif Durioo+
  • Berpengalaman dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi, memenuhi semua piawaian LPD dan Durioo+

🎯 Fokus:
Creators di tahap ini hanya perlukan sedikit arah idea dan kreativiti tambahan untuk terus kekal relevan, menarik, dan mampu menghasilkan kandungan evergreen.

Ranking ini akan dikemaskini secara berkala untuk memotivasikan creators agar terus belajar, berkembang, dan menghasilkan kandungan terbaik untuk ummah.

13) Durioo+ Creators Coordinator (DCC)

🧭 Tim Sokongan & Bimbingan Untuk Pencipta Kandungan

Durioo+ Creators Coordinator (DCC) merupakan pasukan khas yang ditugaskan untuk membantu para pencipta kandungan menghasilkan video yang berkualiti tinggi, mengikut garis panduan Durioo+, dan sesuai untuk tontonan kanak-kanak serta keluarga.

Siapa Mereka?

Sehingga kini, DCC terdiri daripada empat individu utama yang berperanan penting dalam pembangunan komuniti creators:

  1. Ayip Durioo – Event Manager
    Menguruskan program, perjumpaan dan aktiviti bersemuka atau dalam talian bersama creators.
  2. Aqil Durioo – Marketing & Social Media
    Bertanggungjawab dalam aspek promosi, kempen digital dan strategi media sosial untuk memperkenalkan channel dan kandungan anda.
  3. Husin Durioo – Grafik & Content Producer
    Menyokong dari sudut visual, rekaan dan bantuan teknikal berkaitan penyuntingan kandungan video.
  4. Ain Nabila Durioo – Content Strategy Analyst
    Memberikan panduan berdasarkan data dan analitik untuk membantu creators memperbaiki arah kandungan mereka.

Peranan Utama DCC:

βœ… Memberi coaching dan bimbingan berterusan
βœ… Menyediakan maklum balas teknikal dan kreatif
βœ… Menjadi jambatan komunikasi antara creators dan pengurusan Durioo+

About Author

admin

Previous Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0

Subtotal